KUEY TIAW GORENG BASAH DAN LADA HIJAU JERUK CUKA JALEN

KUEY TIAW GORENG BASAH DAN LADA HIJAU JERUK CUKA JALEN

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram kuey teow, cuci sekejap di bawah air paip dan toskan

10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan dan kulitnya dicuci bersih dan toskan

2 ekor sotong saiz sederhana, dikerat kecil

2 ulas bawang putih, cincang

3 biji bawang merah, hiris

1 genggam isi kerang

1 camca besar cili kisar

1 genggam taugeh, cuci dan toskan

20 tangkai kucai, kerat pendek

1 camca teh kicap pekat JALEN

2 camca besar kicap lemak manis JALEN

1 camca besar sos tiram JALEN

Kicap masin JALEN secukup rasa

1 cawan air

1 biji telur

BAHAN-BAHAN CILI HIJAU JERUK :-)

5 – 6 biji cili hijau (pilih yang segar)

150 ml cuka makan buatan JALEN

1 1/2 camca besar gula

1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK CILI HIJAU JERUK :- Cili hijau dihiris tapi jangan terlalu halus, hiris kasar, kemudian rendam dan keluarkan cili hijau perlahan2 agar bijinya tidak terikut sama. Kemudian toskan dan letak atas tissue dapur, biarkan ia kering (atau nak cepat, anda anginkan guna kipas). Sementara itu satukan gula dan garam bersama cuka makan JALEN. Kacau rata. Cili hijau tadi diisi ke dalam botol yang bersih. Kemudian tuang bancuhan cuka sehingga cili hijau tenggelam. Biarkan 1 – 2 jam dan boleh hidangkan. Untuk kaedah yang lebih pantas, cili hijau yang telah anda hiris, cuci dan toskan, dicelur dalam air panas selama 10 saat. Toskan, kemudian masukkan ke dalam botol bersih, tuang bancuhan cuka dan biar 30 minit, anda dah boleh guna…
  2. UNTUK KUEY TEOW GORENG BASAH :- Rebus kulit udang dengan 1 cawan air selama 5 minit, toskan dan asing air rebusannya. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, kacau rata dan tuang air rebusan kulit udang tadi. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kicap lemak manis JALEN dan kicap pekat JALEN, masukkan kerang, udang dan sotong. Kacau dan masak sekejap. Tambah kuey teow, kacau rata dan masukkan telur, bila telur kental, kacau rata bersama kuey teow. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau dan tambah kicap masin JALEN secukup rasa (rasa dulu sebelum anda masukkan kicap masin, kalau rasa dah ok, tak payah tambah kicap masin). Masak sekejap dan matikan api. Alih kuey teow dalam bekas sesuai dan hidangkan bersama cili hijau jeruk.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This