IKAN KUKUS TIGA RASA

IKAN KUKUS TIGA RASA

BAHAN-BAHANNYA 🙂

1 ekor ikan tebal pipi (kurang lebih 400+ gram beratnya)

1 pokok daun ketumbar

1 inci halia, hiris nipis

3 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1 dan diketuk sedikit

3/4 camca teh garam

1 camca teh minyak masak

BAHAN-BAHAN SOS TIGA RASA 🙂

1 batang serai, ambil bahagian putihnya dan cincang halus

2 ulas bawang putih, cincang halus

3 biji bawang merah kecil, hiris halus

6 biji cili padi, cincang halus

2 keping hirisan halia, cincang halus

1 helai daun limau purut, disiat

1 camca besar sos plum

2 camca besar sos cili JALEN

1 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar kordial minuman perisa oren JALEN

3 biji limau kasturi, perah jusnya

1/2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN HIASAN 🙂

Sedikit lobak merah, dihiris halus memanjang

1/2 biji cili merah, buang biji dan hiris halus memanjang

2 keping hirisan halia, dihiris halus memanjang

Sedikit hirisan daun ketumbar

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Ikan disiang, cuci hingga bersih dan kelar sedikit badannya, lap kering dan gaul dengan sedikit garam, ketepikan. Panaskan kukusan, tuang 1 camca teh minyak masak pada bekas tahan panas, ratakan. Susun beberapa keping halia dan bawang putih, kemudian letak ikan atasnya. Masukkan dan ketumbar dalam perut ikan, baki halia dan bawang putih diletak pada bahagian atas ikan. Kukus ikan tadi semalam 10 – 12 minit dengan api sederhana…Sementara itu kita siapkan sosnya…
  2. Panakan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi. Tumis hingga harum, masukkan sos cili, sos tomato dan sos plum, kacau rata dan tuang air. Tambah kordial minuman perisa oren. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Tambah daun limau purut dan jus limau kasturi. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api..
  3. Keluarkan ikan dari kukus, buang air yang bertakung pada ikan tadi. Keluarkan juga hirisan halia, bawang putih dan daun ketumbar dari perut ikan tadi. Tuang sos atasnya dan ratakan. Kemudian tabur bahan2 hiasan atas ikan hingga rata. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.
MAKARONI BAKAR BERKEJU

MAKARONI BAKAR BERKEJU

BAHAN-BAHAN

200 gram makaroni

1 camca teh mentega

1 1/2 cawan parutan keju (boleh guna mozarella atau cheddar)

10 tangkai daun kucai, hiris halus

6 biji telur gred A

1/3 cawan susu cair

1/2 camca teh lada hitam kisar

 

BAHAN-BAHAN INTI DAGING 

200 gram daging lembu kisar

1/2 inci halia, cincang halus

3 ulas bawang putih, cincang halus

1 biji bawang holland, didadu

6 kuntum cendawan butang dalam tin, hiris nipis

1/2 biji lobak merah, didadu kecil

1 batang saleri, didadu kecil

2 helai bay leaf

6 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar sos cili JALEN

1 camca besar sos tiram JALEN

1 kiub pati daging

1 tin kecil baked beans

Garam secukup rasa

1 camca teh lada hitam kisar

 

BAHAN-BAHAN SOS 

5 camca besar sos cili JALEN

2 camca besar mayonnaise

1 ulas bawang putih, cincang halus

 

CARA MEMBUATNYA 

 

  1. Rebus makaroni dalam air mendidih yang ditambah 1 camca teh garam, rebus hingga makaroni lembut. Kemudian toskan dan gaul dengan 1 camca teh mentega. Ketepikan. Untuk kastard pula, dalam bekas lain, satukan telur, susu cair dan 1/2 camca teh lada hitam kisar. Kacau rata2 dan ketepikan.
  2. UNTUK INTI DAGING :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali (lebih elok guna non-stick pan). Tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu, tambah lobak merah dan saleri, kacau dan masak hingga lobak merah lembut. Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah wana dan air daging kering. Tambah sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan kiub daging (hancurkan). cendawan dan baked beans, Gaul rata dan masak hingga hampir kering. Tambah garam secukup rasa dan serbuk lada hitam. Kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan bay leaf dan biar sejuk sebentar..
  4. UNTUK MAKARONI BAKAR BERKEJU :- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 8 inci x 3 inci (atau boleh guna bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci) dengan mentega. Tuang 1/2 bahagian makaroni, ratakan. Tuang pula 1/2 bahagian inti, ratakan dan tabur 1/2 bahagian daun kucai yang dihiris tadi rata2. Tuang baki makaroni, ratakan..
  5. Tuang bancuhan telur atau kastard perlahan2 atas makaroni tadi hingga habis. Tekan2 sedikit. Masukkan baki inti dan ratakan. Tabur keju dan ratakan. Akhir sekali sebelum dibakar, tabur permukaannya dengan baki daun kucai. Bakar 40 – 45 minit, bergantung pada oven masing2, hingga masak. Sejukkan dan boleh dihidang bersama sos pilihan anda atau sos yang cm buat. (bancuh semua bahan2 sos dan kacau rata, hidangkan bersama makaroni).

Pin It on Pinterest

Shares
Share This