by | | Uncategorized
250 gram kuey teow, cuci sekejap di bawah air paip dan toskan
10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan dan kulitnya dicuci bersih dan toskan
2 ekor sotong saiz sederhana, dikerat kecil
2 ulas bawang putih, cincang
3 biji bawang merah, hiris
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
20 tangkai kucai, kerat pendek
1 camca teh kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar sos tiram JALEN
Kicap masin JALEN secukup rasa
BAHAN-BAHAN CILI HIJAU JERUK ๐
5 – 6 biji cili hijau (pilih yang segar)
150 ml cuka makan buatan JALEN
- UNTUK CILI HIJAU JERUK :-ย Cili hijau dihiris tapi jangan terlalu halus, hiris kasar, kemudian rendam dan keluarkan cili hijau perlahan2 agar bijinya tidak terikut sama. Kemudian toskan dan letak atas tissue dapur, biarkan ia kering (atau nak cepat, anda anginkan guna kipas). Sementara itu satukan gula dan garam bersama cuka makan JALEN. Kacau rata. Cili hijau tadi diisi ke dalam botol yang bersih. Kemudian tuang bancuhan cuka sehingga cili hijau tenggelam. Biarkan 1 – 2 jam dan boleh hidangkan. Untuk kaedah yang lebih pantas, cili hijau yang telah anda hiris, cuci dan toskan, dicelur dalam air panas selama 10 saat. Toskan, kemudian masukkan ke dalam botol bersih, tuang bancuhan cuka dan biar 30 minit, anda dah boleh guna…
- UNTUK KUEY TEOW GORENG BASAH :-ย Rebus kulit udang dengan 1 cawan air selama 5 minit, toskan dan asing air rebusannya. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, kacau rata dan tuang air rebusan kulit udang tadi. Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan kicap lemak manis JALEN dan kicap pekat JALEN, masukkan kerang, udang dan sotong. Kacau dan masak sekejap. Tambah kuey teow, kacau rata dan masukkan telur, bila telur kental, kacau rata bersama kuey teow. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau dan tambah kicap masin JALEN secukup rasa (rasa dulu sebelum anda masukkan kicap masin, kalau rasa dah ok, tak payah tambah kicap masin). Masak sekejap dan matikan api. Alih kuey teow dalam bekas sesuai dan hidangkan bersama cili hijau jeruk.
by | | Uncategorized
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
1 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh minyak bijan
4 keping black fungus @ cendawan telinga kera, jenis segar, kerat kecik
5 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1
1 inci halia, tumbuk halus
1 keping dada ayam, hiris memanjang*
2 1/2 camca besar sos tiram JALEN*
1 camca teh kicap pekat JALEN*
2 camca besar kicap lemak manis JALEN*
1/4 camca teh serbuk lada sulah*(*digaul rata dan perap 25 minit)
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawang merah kecil, hiris
4 1/2 cawan air rebusan tulang ayam
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN ๐
Ayam bakar madu (resipi di bawah)
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
- Panaskan minyk dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk hingga harum, masukkan ayam yang diperap bersama bahan2 perapannya. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah lada sulah dan beras basmathi, gaul rata dan goreng 30 saat. Alihkan ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Tuang air dan masukkan daun pandan. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
- Masak seperti biasa hingga nasi kering. Masukkan minyak bijan dan gemburkan nasi menggunakan chop stick. Biar sekejap dan boleh cedok nasi ke dalam pinggan, hias dengan daun salad, timun dan tomato. Tabur bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah yang didadu dan hidangkan bersama ayam madu. Sedap dimakan selagi hangat…
6 – 8 keping kepak ayam, dicuci bersih dan toskan
3 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada hitam yang dikisar halus
1 1/2 inci halia, tumbuk halus
2 batang serai, hiris dan tumbuk halus
2 camca besar kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN*(*disatukan dan kacau rata)
- Gaul kepak ayam dengan serbuk kunyit, lada hitam kisar, bawang putih, halia, serai dan kicap pekat. Tambah sedikit garam jika perlu. Perap sekurang2nya 2 jam atau nak lebih sedap, perap semalaman dalam peti sejuk.
- Bakar ayam tadi dalam kuali non-stick atau dalam oven (jika guna oven, bakar pada suhu 200C). Semasa membakar, sapukan keseluruhan kepak ayam dengan bancuhan madu dan kicap lemak manis tadi. Sapu hingga setiap kali anda membalik2kan kepak ayam. ย Bakar 10 – 12 minit untuk setiap bahagian, atau hingga masak. Boleh hidangkan bersama nasi ayam sos tiram tadi.
by | | Uncategorized
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 1/4 cawan isi nenas yang telah dipotong kiub
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 inci halia, dimayang halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
6 biji cili padi kampung, hijau
6 biji cili padi kampung, merah
1 camca besar pes tomyam @ 1 kiub pati tomyam (sebarang jenama)
2 camca besar sos cili JALEN
1 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar kordial minuman perisa mangga JALEN
- Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes tomyam (jika guna kiub, hancurkan terlebih dahulu), kacau rata dan masukkan semua bahan2 untuk sos. Gaul rata dan masak dengan api sederhana. Masukkan daging, gaul rata dan biar hingga daging kecut (kalau perlu tambah sedikit air).
- Tambah gula, cili padi merah/hijau, nenas ย dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Masak hingga daging empuk dan nenas lembut. Akhir sekali tambah daun selasih, gaul rata dan masak 3 – 4 minit rasa dan jika ok boleh matikan api. Alas pinggan atau mangkuk sesuai dengan daun salad, isikan dengan daging yang anda masak tadi dan boleh hidangkan bersama nasi panas..