Jalen Sdn Bhd was initially started its operation in November 1981 as Jalil Enterprise. Its main activity was solely confined to supplying soy sauce under contract basis for brand known as Habhal. However, the agreement was terminated in November 1986 which resulted the organization to go on its own. August 1988 witnessed a new era in the food manufacturing industries when Jalen Sdn Bhd started its operation by supplying a brand new name of JALEN Soy Sauce directly to the market. Presently, the increase capital investment has enable the organization to move forward into purchasing and utilizing the sophisticated manufacturing equipment and technology to monopolize in the food arena. Consumers need not to be apprehensionwhen choosing Jalen’s brand because goods produced are confined to Islamic principle that carry HALAL imprint approved by the Johor Religious Department (Malaysia) as per the Food Regulation 2000. Jalen Sdn Bhd is a dynamic organization where it will continuously strive to produce quality goods of outstanding character. Our preserverance and commitment have been proven when favorable responds are received from the consumers who have chosen variety of Jalen products namely soy sauce, tomato ketchup, chilli sauce, oyster flavoured sauce, salted soy beans, vinegar and various flavoured cordials like orange, rose syrup,barley, lychee, sarsi, mango and grape. The reason is simly because the goods produced are high quality where there are no sacrifice in their original flavors besides the cleanliness and purity of ingredients are emphasized.
Sejarah awal Jalen Sdn Bhd bermula pada November 1981 iaitu tarikh Jalil Enterprise ditubuhkan. Kegiatan utama ketika itu hanyalah membekalkan kicap berjenama Habhal secara kontrak. Kesedaran dan keinginan untuk menghasilkan produk jenama sendiri timbul sebaik sahaja kontraknya ditamatkan pada November 1986. Bulan Ogos 1988 menyaksikan kelahiran suatu era baru dalam dunia industri pemakanan apabila Jalen Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat utamanya untuk membekalkan kicap jenama JALEN secara terus kepada pengguna. Sejak penubuhannya, Kicap Jalen telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna dimana keadaan tersebut telah memberangsangkan perkembangan isu ini. Kini, dengan pelaburan jutaan ringgit, Jalen Sdn Bhd telah melangkah ke hadapan dengan pembelian dan penggunaan alatan serta mesin berteknologi canggih untuk terus menerajui industri pemakan yang diceburi dengan menghasilkan produk-produk baru yang berkualiti. Aspek kebersihan dan kesucian mutu setiap produk amat dititikberatkan disamping mengekalkan keaslian citarasa sebenar produk. Pengguna tidak perlu ragu-ragu apabila membeli produk-produk keluaran Jalen kerana kesemua produk telah mendapat mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Agama Islam Johor Malaysia serta menepati Akta Peraturan Makanan 2000. Setakat kini, Jalen telah telah menghasilkan 16 buah produk iaitu kicap manis, kicap lemak manis(premium), kicap masin, kicap lemak, kicap pekat, sos cili, sos tomato, sos berperasa tiram, cuka buatan, taucho masin, dan kordial yang terdapat dalam 7 pilihan perasa iatu sirap ros, oren, barli, mangga, laici, sarsi dan anggur. Produk keluaran Jalen adalah dijamin 100% produk Bumiputera dan telah dipercayai oleh pengguna kerana bermutu tinggi dan mempunyai rasa yang tersendiri.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This