IKAN KUKUS TIGA RASA

IKAN KUKUS TIGA RASA

BAHAN-BAHANNYA 🙂

1 ekor ikan tebal pipi (kurang lebih 400+ gram beratnya)

1 pokok daun ketumbar

1 inci halia, hiris nipis

3 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1 dan diketuk sedikit

3/4 camca teh garam

1 camca teh minyak masak

BAHAN-BAHAN SOS TIGA RASA 🙂

1 batang serai, ambil bahagian putihnya dan cincang halus

2 ulas bawang putih, cincang halus

3 biji bawang merah kecil, hiris halus

6 biji cili padi, cincang halus

2 keping hirisan halia, cincang halus

1 helai daun limau purut, disiat

1 camca besar sos plum

2 camca besar sos cili JALEN

1 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar kordial minuman perisa oren JALEN

3 biji limau kasturi, perah jusnya

1/2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN HIASAN 🙂

Sedikit lobak merah, dihiris halus memanjang

1/2 biji cili merah, buang biji dan hiris halus memanjang

2 keping hirisan halia, dihiris halus memanjang

Sedikit hirisan daun ketumbar

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Ikan disiang, cuci hingga bersih dan kelar sedikit badannya, lap kering dan gaul dengan sedikit garam, ketepikan. Panaskan kukusan, tuang 1 camca teh minyak masak pada bekas tahan panas, ratakan. Susun beberapa keping halia dan bawang putih, kemudian letak ikan atasnya. Masukkan dan ketumbar dalam perut ikan, baki halia dan bawang putih diletak pada bahagian atas ikan. Kukus ikan tadi semalam 10 – 12 minit dengan api sederhana…Sementara itu kita siapkan sosnya…
  2. Panakan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi. Tumis hingga harum, masukkan sos cili, sos tomato dan sos plum, kacau rata dan tuang air. Tambah kordial minuman perisa oren. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Tambah daun limau purut dan jus limau kasturi. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api..
  3. Keluarkan ikan dari kukus, buang air yang bertakung pada ikan tadi. Keluarkan juga hirisan halia, bawang putih dan daun ketumbar dari perut ikan tadi. Tuang sos atasnya dan ratakan. Kemudian tabur bahan2 hiasan atas ikan hingga rata. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.

Pin It on Pinterest