KUEY TIAW GORENG BASAH DAN LADA HIJAU JERUK CUKA JALEN

KUEY TIAW GORENG BASAH DAN LADA HIJAU JERUK CUKA JALEN

BAHAN-BAHANNYA 🙂

250 gram kuey teow, cuci sekejap di bawah air paip dan toskan

10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan dan kulitnya dicuci bersih dan toskan

2 ekor sotong saiz sederhana, dikerat kecil

2 ulas bawang putih, cincang

3 biji bawang merah, hiris

1 genggam isi kerang

1 camca besar cili kisar

1 genggam taugeh, cuci dan toskan

20 tangkai kucai, kerat pendek

1 camca teh kicap pekat JALEN

2 camca besar kicap lemak manis JALEN

1 camca besar sos tiram JALEN

Kicap masin JALEN secukup rasa

1 cawan air

1 biji telur

BAHAN-BAHAN CILI HIJAU JERUK 🙂

5 – 6 biji cili hijau (pilih yang segar)

150 ml cuka makan buatan JALEN

1 1/2 camca besar gula

1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. UNTUK CILI HIJAU JERUK :- Cili hijau dihiris tapi jangan terlalu halus, hiris kasar, kemudian rendam dan keluarkan cili hijau perlahan2 agar bijinya tidak terikut sama. Kemudian toskan dan letak atas tissue dapur, biarkan ia kering (atau nak cepat, anda anginkan guna kipas). Sementara itu satukan gula dan garam bersama cuka makan JALEN. Kacau rata. Cili hijau tadi diisi ke dalam botol yang bersih. Kemudian tuang bancuhan cuka sehingga cili hijau tenggelam. Biarkan 1 – 2 jam dan boleh hidangkan. Untuk kaedah yang lebih pantas, cili hijau yang telah anda hiris, cuci dan toskan, dicelur dalam air panas selama 10 saat. Toskan, kemudian masukkan ke dalam botol bersih, tuang bancuhan cuka dan biar 30 minit, anda dah boleh guna…
  2. UNTUK KUEY TEOW GORENG BASAH :- Rebus kulit udang dengan 1 cawan air selama 5 minit, toskan dan asing air rebusannya. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, kacau rata dan tuang air rebusan kulit udang tadi. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kicap lemak manis JALEN dan kicap pekat JALEN, masukkan kerang, udang dan sotong. Kacau dan masak sekejap. Tambah kuey teow, kacau rata dan masukkan telur, bila telur kental, kacau rata bersama kuey teow. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau dan tambah kicap masin JALEN secukup rasa (rasa dulu sebelum anda masukkan kicap masin, kalau rasa dah ok, tak payah tambah kicap masin). Masak sekejap dan matikan api. Alih kuey teow dalam bekas sesuai dan hidangkan bersama cili hijau jeruk.
NASI AYAM SOS TIRAM JALEN

NASI AYAM SOS TIRAM JALEN

BAHAN-BAHANNYA 🙂

3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan

1 helai daun pandan, disimpul

1/4 camca teh minyak bijan

4 keping black fungus @ cendawan telinga kera, jenis segar, kerat kecik

5 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1

1 inci halia, tumbuk halus

1 keping dada ayam, hiris memanjang*

2 1/2 camca besar sos tiram JALEN*

1 camca teh kicap pekat JALEN*

2 camca besar kicap lemak manis JALEN*

1/4 camca teh serbuk lada sulah*(*digaul rata dan perap 25 minit)

2 ulas bawang putih, cincang halus

4 biji bawang merah kecil, hiris

4 1/2 cawan air rebusan tulang ayam

Garam jika perlu

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN 🙂

Ayam bakar madu (resipi di bawah)

Hirisan daun bawang

Hirisan timun

Hirisan tomato

Daun salad

Bawang goreng

Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Panaskan minyk dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk hingga harum, masukkan ayam yang diperap bersama bahan2 perapannya. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah lada sulah dan beras basmathi, gaul rata dan goreng 30 saat. Alihkan ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Tuang air dan masukkan daun pandan. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  2. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Masukkan minyak bijan dan gemburkan nasi menggunakan chop stick. Biar sekejap dan boleh cedok nasi ke dalam pinggan, hias dengan daun salad, timun dan tomato. Tabur bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah yang didadu dan hidangkan bersama ayam madu. Sedap dimakan selagi hangat…

AYAM BAKAR MADU….

BAHAN-BAHANNYA 🙂

6 – 8 keping kepak ayam, dicuci bersih dan toskan

3 ulas bawang putih, tumbuk halus

1 camca teh serbuk kunyit

1/2 camca teh lada hitam yang dikisar halus

1 1/2 inci halia, tumbuk halus

2 batang serai, hiris dan tumbuk halus

2 camca besar kicap pekat JALEN

Garam secukup rasa

3 camca besar madu*

2 camca besar kicap lemak manis JALEN*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Gaul kepak ayam dengan serbuk kunyit, lada hitam kisar, bawang putih, halia, serai dan kicap pekat. Tambah sedikit garam jika perlu. Perap sekurang2nya 2 jam atau nak lebih sedap, perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Bakar ayam tadi dalam kuali non-stick atau dalam oven (jika guna oven, bakar pada suhu 200C). Semasa membakar, sapukan keseluruhan kepak ayam dengan bancuhan madu dan kicap lemak manis tadi. Sapu hingga setiap kali anda membalik2kan kepak ayam.  Bakar 10 – 12 minit untuk setiap bahagian, atau hingga masak. Boleh hidangkan bersama nasi ayam sos tiram tadi.
DAGING SELASIH KU SAYANG

DAGING SELASIH KU SAYANG

BAHAN-BAHANNYA 🙂

500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan

1 1/4 cawan isi nenas yang telah dipotong kiub

1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan

1 inci halia, dimayang halus

3 ulas bawang putih, cincang halus

6 biji cili padi kampung, hijau

6 biji cili padi kampung, merah

1 genggam daun selasih

1 camca besar pes tomyam @ 1 kiub pati tomyam (sebarang jenama)

1 camca besar cili kisar

1/2 camca teh gula

Garam secukup rasa

Daun salad, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN SOS 🙂

2 camca besar sos cili JALEN

1 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar kordial minuman perisa mangga JALEN

1 camca teh sos plum

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes tomyam (jika guna kiub, hancurkan terlebih dahulu), kacau rata dan masukkan semua bahan2 untuk sos. Gaul rata dan masak dengan api sederhana. Masukkan daging, gaul rata dan biar hingga daging kecut (kalau perlu tambah sedikit air).
  2. Tambah gula, cili padi merah/hijau, nenas  dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Masak hingga daging empuk dan nenas lembut. Akhir sekali tambah daun selasih, gaul rata dan masak 3 – 4 minit rasa dan jika ok boleh matikan api. Alas pinggan atau mangkuk sesuai dengan daun salad, isikan dengan daging yang anda masak tadi dan boleh hidangkan bersama nasi panas..
MAKARONI BAKAR BERKEJU

MAKARONI BAKAR BERKEJU

BAHAN-BAHAN

200 gram makaroni

1 camca teh mentega

1 1/2 cawan parutan keju (boleh guna mozarella atau cheddar)

10 tangkai daun kucai, hiris halus

6 biji telur gred A

1/3 cawan susu cair

1/2 camca teh lada hitam kisar

 

BAHAN-BAHAN INTI DAGING 

200 gram daging lembu kisar

1/2 inci halia, cincang halus

3 ulas bawang putih, cincang halus

1 biji bawang holland, didadu

6 kuntum cendawan butang dalam tin, hiris nipis

1/2 biji lobak merah, didadu kecil

1 batang saleri, didadu kecil

2 helai bay leaf

6 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar sos cili JALEN

1 camca besar sos tiram JALEN

1 kiub pati daging

1 tin kecil baked beans

Garam secukup rasa

1 camca teh lada hitam kisar

 

BAHAN-BAHAN SOS 

5 camca besar sos cili JALEN

2 camca besar mayonnaise

1 ulas bawang putih, cincang halus

 

CARA MEMBUATNYA 

 

  1. Rebus makaroni dalam air mendidih yang ditambah 1 camca teh garam, rebus hingga makaroni lembut. Kemudian toskan dan gaul dengan 1 camca teh mentega. Ketepikan. Untuk kastard pula, dalam bekas lain, satukan telur, susu cair dan 1/2 camca teh lada hitam kisar. Kacau rata2 dan ketepikan.
  2. UNTUK INTI DAGING :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali (lebih elok guna non-stick pan). Tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu, tambah lobak merah dan saleri, kacau dan masak hingga lobak merah lembut. Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah wana dan air daging kering. Tambah sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan kiub daging (hancurkan). cendawan dan baked beans, Gaul rata dan masak hingga hampir kering. Tambah garam secukup rasa dan serbuk lada hitam. Kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan bay leaf dan biar sejuk sebentar..
  4. UNTUK MAKARONI BAKAR BERKEJU :- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 8 inci x 3 inci (atau boleh guna bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci) dengan mentega. Tuang 1/2 bahagian makaroni, ratakan. Tuang pula 1/2 bahagian inti, ratakan dan tabur 1/2 bahagian daun kucai yang dihiris tadi rata2. Tuang baki makaroni, ratakan..
  5. Tuang bancuhan telur atau kastard perlahan2 atas makaroni tadi hingga habis. Tekan2 sedikit. Masukkan baki inti dan ratakan. Tabur keju dan ratakan. Akhir sekali sebelum dibakar, tabur permukaannya dengan baki daun kucai. Bakar 40 – 45 minit, bergantung pada oven masing2, hingga masak. Sejukkan dan boleh dihidang bersama sos pilihan anda atau sos yang cm buat. (bancuh semua bahan2 sos dan kacau rata, hidangkan bersama makaroni).

Pin It on Pinterest

Shares
Share This