DAGING SELASIH KU SAYANG

DAGING SELASIH KU SAYANG

BAHAN-BAHANNYA πŸ™‚

500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan

1 1/4 cawan isi nenas yang telah dipotong kiub

1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan

1 inci halia, dimayang halus

3 ulas bawang putih, cincang halus

6 biji cili padi kampung, hijau

6 biji cili padi kampung, merah

1 genggam daun selasih

1 camca besar pes tomyam @ 1 kiub pati tomyam (sebarang jenama)

1 camca besar cili kisar

1/2 camca teh gula

Garam secukup rasa

Daun salad, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN SOS πŸ™‚

2 camca besar sos cili JALEN

1 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar kordial minuman perisa mangga JALEN

1 camca teh sos plum

CARA MEMBUATNYA πŸ™‚

  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes tomyam (jika guna kiub, hancurkan terlebih dahulu), kacau rata dan masukkan semua bahan2 untuk sos. Gaul rata dan masak dengan api sederhana. Masukkan daging, gaul rata dan biar hingga daging kecut (kalau perlu tambah sedikit air).
  2. Tambah gula, cili padi merah/hijau, nenas Β dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Masak hingga daging empuk dan nenas lembut. Akhir sekali tambah daun selasih, gaul rata dan masak 3 – 4 minit rasa dan jika ok boleh matikan api. Alas pinggan atau mangkuk sesuai dengan daun salad, isikan dengan daging yang anda masak tadi dan boleh hidangkan bersama nasi panas..

Pin It on Pinterest

Shares
Share This