NASI AYAM SOS TIRAM JALEN

NASI AYAM SOS TIRAM JALEN

BAHAN-BAHANNYA πŸ™‚

3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan

1 helai daun pandan, disimpul

1/4 camca teh minyak bijan

4 keping black fungus @ cendawan telinga kera, jenis segar, kerat kecik

5 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1

1 inci halia, tumbuk halus

1 keping dada ayam, hiris memanjang*

2 1/2 camca besar sos tiram JALEN*

1 camca teh kicap pekat JALEN*

2 camca besar kicap lemak manis JALEN*

1/4 camca teh serbuk lada sulah*(*digaul rata dan perap 25 minit)

2 ulas bawang putih, cincang halus

4 biji bawang merah kecil, hiris

4 1/2 cawan air rebusan tulang ayam

Garam jika perlu

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN πŸ™‚

Ayam bakar madu (resipi di bawah)

Hirisan daun bawang

Hirisan timun

Hirisan tomato

Daun salad

Bawang goreng

Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA πŸ™‚

  1. Panaskan minyk dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk hingga harum, masukkan ayam yang diperap bersama bahan2 perapannya. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah lada sulah dan beras basmathi, gaul rata dan goreng 30 saat. Alihkan ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Tuang air dan masukkan daun pandan. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  2. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Masukkan minyak bijan dan gemburkan nasi menggunakan chop stick. Biar sekejap dan boleh cedok nasi ke dalam pinggan, hias dengan daun salad, timun dan tomato. Tabur bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah yang didadu dan hidangkan bersama ayam madu. Sedap dimakan selagi hangat…

AYAM BAKAR MADU….

BAHAN-BAHANNYA πŸ™‚

6 – 8 keping kepak ayam, dicuci bersih dan toskan

3 ulas bawang putih, tumbuk halus

1 camca teh serbuk kunyit

1/2 camca teh lada hitam yang dikisar halus

1 1/2 inci halia, tumbuk halus

2 batang serai, hiris dan tumbuk halus

2 camca besar kicap pekat JALEN

Garam secukup rasa

3 camca besar madu*

2 camca besar kicap lemak manis JALEN*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA πŸ™‚

  1. Gaul kepak ayam dengan serbuk kunyit, lada hitam kisar, bawang putih, halia, serai dan kicap pekat. Tambah sedikit garam jika perlu. Perap sekurang2nya 2 jam atau nak lebih sedap, perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Bakar ayam tadi dalam kuali non-stick atau dalam oven (jika guna oven, bakar pada suhu 200C). Semasa membakar, sapukan keseluruhan kepak ayam dengan bancuhan madu dan kicap lemak manis tadi. Sapu hingga setiap kali anda membalik2kan kepak ayam. Β Bakar 10 – 12 minit untuk setiap bahagian, atau hingga masak. Boleh hidangkan bersama nasi ayam sos tiram tadi.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This